Malaysiakini Surat

Dari Moscow, tahniah pada Siti Zainon

Dr Victor A Pogadaev

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Persatuan Nusantara Rusia menyampaikan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Siti Zainon Ismail atas penganugerahan Anugerah Sastera Negara (ASN) yang meletakkan beliau sebagai sasterawan negara ke-14.

Memang pemilihan panel adalah sangat tepat. Sumbangan cemerlang beliau secara berterusan dalam perkembangan sastera Melayu sudah lama dinilai tinggi bukan saja di negaranya tetapi di luar Malaysia juga.

Melalui terjemahan karya-karya Siti Zainon Ismail yang bermutu tinggi sudah boleh dinikmati oleh para pembaca Rusia.

Persatuan Nusantara mengharapkan Siti Zainon Ismail yang merupakan sahabat baik kami terus berkarya dengan kejayaan dan menciptakan banyak karya yang menarik lagi.


DR VICTOR A POGADAEV ialah timbalan presiden Persatuan Nusantara Rusia.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.