Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
Tawaran harga tanah RM1,000 sekaki persegi di Kg Baru berbaloi

Saya menyambut baik tawaran terbaru kerajaan Pakatan Harapan berkaitan harga tanah Kampung Bharu yang diumumkan oleh YB Khalid Abd Samad, menteri Wilayah Persekutuan.

Harga baru yang ditawarkan sebanyak RM1,000 sekaki persegi - yang RM150 dari jumlah itu akan ditawarkan dalam bentuk pegangan saham syarikat tujuan khas (PSV) - boleh dikatakan sebagai tawaran yang agak berbaloi dan menarik.

Di samping itu kerajaan juga menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus kepada pemilik untuk membeli semula harta tanah dalam pembangunan yang akan dilaksanakan kelak.

Saya menganggap tawaran ini sebagai sesuatu yang sangat berbaloi kerana tawaran sepertinya boleh dianggap sebagai menang-menang dan peluang seperti ini tidak harus disia-siakan.

Matlamat utama tawaran ini adalah untuk melihat Kampung Baru berjaya dibangunkan dengan mengekalkan hak milik orang melayu.

Sekiranya pemilik masih merasakan tawaran ini tidak berbaloi, saya khuatir impian untuk melihat Kampung Baru dibangunkan dengan mengekalkan hak milik orang Melayu akan jadi sia-sia.

Tawaran terbaru ini menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan begitu serius untuk merealisasikan pembangunan dengan mengekalkan status hak milik orang Melayu.

Sedangkan kerajaan terdahulu gagal mengemukakan sebarang bentuk cadangan yang bernas apatah lagi tawaran yang berbaloi.

Justeru itu saya menyeru kepada para pemilik tanah untuk berfikir secara positif sambil merenung ke masa hadapan sebelum menerima tawaran terbaru dari kerajaan demi merealisasikan pembangunan yang diidamkan.


SYED BADLI SHAH SYED OSMAN ialah ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) merangkap naib ketua Pemuda PKR.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS