Malaysiakini Surat

BN dan PH ‘pecah undi Melayu’

Dr Razali Al-Marbawi

Diterbitkan

Undi Melayu pecah lagi untuk PRK kecil Tanjung Piai. Sekali lagi orang Melayu bingung hendak undi siapa. Strategi "pecah undi" BN letakkan calon anti hudud, dan Pakatan Harapan yang merupakan penyokong kuat DAP merunsingkan orang Melayu.

Kedua-dua blok komponen benar-benar telah pecahkan undi Melayu sehingga ke tahap orang Melayu di Tanjung Piai tidak tahu hendak undi siapa lagi. Akhirnya mereka ambil keputusan untuk tidak lagi percayakan PRK kali ini. Kepercayaan mereka telah pecah, undi mereka telah dipecahkan oleh strategi politik seperti ini.

Sehinggalah Berjasa meletakkan calon untuk mencantumkan kembali undi Melayu. Dari tidak tahu hendak undi siapa, dan runsing mana satu undi yang untungkan Melayu dan Islam, kini orang Melayu Tanjung Piai lega. Calon Tok Badh di Tanjung Piai ini benar-benar penuhi aspirasi Melayu. Profesional, kuat agama dan kukuh jati diri, paling penting tidak bawa agenda sesiapa, melainkan agenda dan suara Melayu.

Jika ada pihak yang persoalkan siapa sebenarnya yang pecahkan undi Melayu. Dua blok inilah yang telah pecahkan undi Melayu. Demi manfaat politik dan habuan sementara mereka

sanggup pecahkan kepercayaan orang Melayu.

Ingat, undi itu bukan sekadar tanda di kertas undi. Undi itu adalah kepercayaan dan harapan rakyat. Satu undi yang dipangkah itulah suara dan harapan rakyat. Sanggupkah BN dan PH pecahkan undi Melayu pada PRK Tanjung Piai kali ini!


DR RAZALI ALMARBAWI ialah penganalisis dan pemerhati politik.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.