Malaysiakini
SURAT

'Warda bukan ancaman pada Puteri Umno'

Nurul Najihah Yasim

Diterbitkan

Pelancaran sayap baharu bagi wanita muda dalam parti Amanah atau dikenali sebagai Warda adalah satu anjakan kepada penglibatan lebih ramai wanita muda dalam politik.

Namun pada pandangan saya, ia bukan satu ancaman kepada Puteri Umno yang kian matang di usia 18 tahun penubuhannya.

Namun ketika ini, ia juga adalah satu cabaran kepada puteri Umno untuk memastikan undi wanita muda tetap bersama BN.

Dan Puteri Umno kekal sebagai wadah perjuangan untuk wanita muda dalam mempertahankan agama bangsa dan tanah air.

Saya yakin dan percaya wanita muda tidak akan terpengaruh dengan parti serpihan PAS yang selama ini pun tidak mampu menarik undi rakyat di atas tiket Amanah sendiri tetapi bergantung kepada Pakatan Harapan untuk mendapatkan mandat pada PRU14 yang lalu.

Dengan segala tipu daya dan janji palsu pada PRU14 yang lalu, saya yakin wanita muda tidak akan mudah terpengaruh untuk bersama Warda yang belum tentu hala tujunya.


NURUL NAJIHAH YASIM ialah ketua penerangan Puteri Umno Kelantan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.