Paling Popular
Terkini

Pemuda Amanah Nasional mengikuti perkembangan isu peralihan kuasa perdana menteri dan melihat ada cubaan daripada Umno Serta PAS untuk memecah-belahkan PH.

Isu peralihan kuasa ini sebenarnya mampu menjejaskan keharmonian dalam PH.

Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi PH telah memimpin kemenangan gabungan ini bersama pemimpin lain dari PKR, DAP, Bersatu dan Amanah.

PH bersetuju mengangkat Mahathir sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum, dan beliau bersetuju untuk memastikan proses peralihan berlangsung selepas persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Paec).

Pemuda Amanah Nasional yakin mesyuarat majlis presiden yang berlangsung esok akan mencapai kata sepakat bagi memastikan proses peralihan itu berjalan dengan lancar dengan menetapkan tarikhnya selepas persidangan Apec, dan ia boleh dibuat tanpa menjejaskan keharmonian kerjasama PH, sekali gus mengekalkan kestabilan kerajaan.

Bagaimanapun, Pemuda Amanah Nasional menggesa Majlis Presiden PH menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan PAS.

Ketegasan itu perlu agar kepercayaan rakyat terhadap PH tidak terjejas sebagaimana harapan mereka memberi mandat kepada gabungan yang ada sewaktu PRU14.


Khairuddin Daud ialah pengarah komunikasi Pemuda Amanah Nasional.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS