SURAT

Arahan supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan

Abdullah Cheong

Diterbitkan

Yang dihormati syura-syura dan ahli mesyuarat semua tempat syabguzari yang dimuliakan Allah SWT.

Alhamdulillah untuk pengetahuan semua, pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Bukit Aman dan lain-lain, merakamkan setinggi-tinggi perhargaan atas kerjasama tuan-tuan dan rakan seusaha kita dalam usaha untuk menangani isu wabak yang sedang melanda.

Diharap semua dapat terus berusaha supaya saki-baki rakan seuasaha kita yang hadir ke Jor Qudama’ dan Ulama’ tempoh hari tetapi belum lagi menghubungi pejabat kesihatan daerah masing-masing, atau CPRC hotline, dapat berbuat demikian secepatnya. Insya-Allah.

Pihak syura juga ingin menekankan kepada semua 28 markaz (tempat syabguzari) seluruh negara supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan yang sudah pun dikuatkuasakan bermula hari ini, 18 Mac 2020.

Kami harap keputusan ini akan dapat ditaati dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Inilah peluang kita untuk mengamalkan sifat taawun atau bantu-membantu dalam membina ijtima’iyat umat ini insya-Allah.

Ingatlah bahawa semua ini adalah ujian daripada Allah SWT dan Allah sentiasa bersama hamba-hamba-Nya yang sabar.

Semoga Allah SWT memberkati semua usaha kita yang sedikit ini dan menjadikan pengorbanan semua sebagai asbab hidayat seluruh alam hingga kiamat insya-Allah.


ABDULLAH CHEONG dan ahli Mesyuarat Markaz Dakwah dan Tabligh Malaysia, Sri Petaling.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.