SURAT

Kenapa pecat setiausaha agung Bersatu sekarang?

Abu Hafiz Salleh Hudin

Diterbitkan
Dikemaskini 20 Mac 2020, 10:51 pagi

Tatkala perdana menteri sepatutnya fokus pada penularan Covid-19 dan semua diminta tidak berpolitik, setiausaha agung Bersatu yang tidak memihak kepada presiden dipecat dari jawatan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan.

Adakah dengan tindakan ini, pihak presiden Bersatu secara naif tidak menjangkakan respons politik dari ahli dan penyokong ayahanda Dr Mahathir Mohamad?

Dan suasana politik tidak akan semakin tegang dalam jangka masa perintah kawalan pergerakan?

Ramai sudah tenang dengan tidak mahu terlalu berpolitik kepartian dalam suasana yang memerlukan rakyat tenang dan kekal di rumah.

Kenapa dilakukan tindakan pecat memecat?


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.