Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sudah sampai masanya kerajaan membuka mata dan memberui peluang kepada cadangan yang dibawa oleh pihak pembangkang.

Umpamanya cadangan kerajaan Kelantan mahu mengeluarkan matawang emas untuk digunakan bagi mengekang asakan kemorosotan nilai Dollar Amerika di pasaran dunia.

Malangnya belumpun didengar lagi segala kenyataan hitam putih dari pihak yang mencadang, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad serta Timbalan Menteri Kewangan Kedua Sdatuk Awang Adek telah membentak sekeras-kerasnya usul berkenaan.

Nampaknya Awang Adek telah salah faham dalam menilai cadangan Datuk Husam Musa itu.

"Kerajaan Kelantan tidak boleh menggunakan mata wang lain, seperti dinar emas dan dirham perak selain RM bagi urus niaga dalam negeri ini.

"Dari segi undang-undang Bank Negara pun ia salah kerana tidak ada sebuah kerajaan atau daerah yang boleh mengeluarkan mata wang sendiri," kata Awang Adek.

Terang sekali nampaknya Awang Adek tidak tahu pun tentang keterangan yang disampaikan oleh Husam berkenaan penggunaan dinar dan dirham itu. Memang kita ketahui kerajaan Pusat tidak akan meluluskan penggunaan wang dinar dan dirham di negara ini kerana sudha wujud RM. Namun ia mahu dilakukan dalam lingkup Ar-Rahn sahaja. Tujuan utamanya adalah sebagai simpanan nilai dalam bentuk emas dan perak.

Sekarang kita lihat apa kenyataan sebenar Husam:

"Mereka boleh membeli dinar dari Ar-Rahn dan sekiranya mereka nak tunai, mereka boleh jual balik dinar berkenaan kepada Ar-Rahn," katanya.

Husam berkata, sekarang cadangan kerajaan negeri bukan menjadikannya sebagai mata wang, sebaliknya hanya sebagai simpanan nilai.

Namun begitu, sekiranya kerajaan Malaysia memikirkan sudah sampai masanya negara ini menggunakan dinar dan dirham sebagai mata wang, tidak menjadi masalah, sebaliknya ia merupakan cara yang baik dengan mengekalkan penggunaan RM.

Memang diakui nilai emas di pasaran dunia begitu stabil sekali berbanding Dollar Amerika. Malah jika kita lihat nilai emas dipasaran dunia (setakat 4 Jun 2006), nilai untuk 100oz emas berada pada paras US Dollar 643 meningkat US Dollar 2.

Jadi apa salahnya kita sesama pemimpin Islam berbincang mengenai cadangan ini. Keuntungannya bukan sahaja untuk Kelantan malah boleh diaplikasikan seluruh Malaysia. Rakyat juga yang untung!

ADS