Dewan Himpunan Penyokong PAS menyokong dan setuju dengan kenyataan bekas speaker Dewan Negara Yang Dipertua SA Vigneswaran untuk menarik balik pindaan Perlembagaan pada tahun 1993 bagi mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu.
DHPP setuju bahawa kita harus mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu seperti pada zaman kemerdekaan.
Dalam banyak perkara penting, kuasa Raja-Raja Melayu sangat jelas diperlukan bagi menjamin kestabilan politik dan masa depan masyarakat majmuk di negara ini.
Titah Diraja ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bahawa jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik Covid-19, di Parlimen pada 18 Mei lalu juga perlu dijadikan peringatan.
S BARATHIDASAN adalah setiausaha Dewan Penyokong PAS Pusat (DHPP).
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
