Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seramai tujuh ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa mulai 21 Mei 2020 sehingga 20 Mei 2023.

Pelantikan tersebut atas nasihat Perdana Menteri mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 (Akta 694).

Ahli-ahli LPPR terdiri daripada:

1. Abu Zahar Ujang (pengerusi)
Bekas yang dipertua Dewan Negara

2. Ismail Omar
Bekas ketua polis negara

3. Azman Ujang
Bekas pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)

4. Akhbar Satar
Presiden Persatuan Fraud Bertauliah Malaysia

5. Dr Hamzah Kassim
Pengarah urusan The IA Group

6. David Chua Kok Tee
Pengarah Urusan DC&A Group

7. Dr Mohammad Agus Yusoff
Ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia

Sementara itu, seramai 12 ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan lima ahli Panel Penilaian Operasi (PPO) telah dilantik oleh perdana menteri secara pentadbiran.

Tempoh PPPR berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2022 manakala PPO berkuat kuasa mulai 1 April 2020 hingga 30 Mei 2022.

Ahli-ahli PPPR terdiri daripada:

1. Borhan Dolah (pengerusi)
Bekas ketua pengarah perkhidmatan awam

2. Manja Ismail
Pengarah Urusan Berita Dan Hal Ehwal Semasa Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima

3. Dr Azizan Baharuddin
Ketua pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)

4. Prof Dr Edmund Terence Eric Boniface Gomez
Profesor Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya

5. Chamil Wariya
Pengerusi Malaysian Press Institute (MPI)

6. Freddie Fernandez
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia

7. Jufitri Joha
Presiden Majlis Belia Malaysia

8. Dr Siti Norlasiah Ismail
Bekas ketua pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

9. Norita Che Ali
Pengerusi Pertubuhan Ekonomi Wanita dan Kebajikan

10. Nadzim Johan
Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

11. Md Yusof Md Aslam
Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd

12. Baljit Singh Sidhu
Peguam bela dan peguam cara di Shukor Baljit & Partners

Ahli-ahli PPO terdiri daripada:

1. Ahmad Rosli Mohd Sham (pengerusi)
Bekas timbalan ketua Bahagian II Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara

2. Mazlan Ahmad
Bekas timbalan pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia

3. Abdul Manap Dim
Bekas timbalan ketua pegawai eksekutif (pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri

4. Mohd Faudzi Che Mamat
Bekas setiausaha kerajaan negeri Kelantan

5. Azimah Abdul Hamid
Bekas timbalan ketua pengarah (penguatkuasaan dan pematuhan), Kastam

Kesemua 24 ahli yang dilantik tersebut terdiri daripada golongan profesional serta pakar pelbagai bidang yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM.

Surat cara dan pelantikan bagi menganggotai LPPR, PPO serta PPPR itu telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS