Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dalam sejarah dunia buat kali pertama seorang speaker disingkirkan di Dewan Rakyat sebelum tamat tempoh perkhitmatanya.

Kedua, seorang ahli parlimen (Baling) yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno mengeluarkan kata-kata berunsur rasis tentang kecerahan kulit terhadap seorang ahli parlimen wanita.


Azeez mohon maaf selepas diarah speaker


Saya tidak hairan dan kecewa dengan kedua-dua kejadian ini kerana inilah perangai sebenar dan cara mereka (PN/BN) memerintah negara kita selama ini.

Saya masih ingat tentang penahanan ahli parlimen Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya Abdul Latif oleh SPRM pada 25 Sept 2018 selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amlatfpuaa) 2001.

Penemuan dan Susulan dalam siasatan ini:

a) SPRM pernah merampas wang tunai bernilai kira-kira RM1 juta dan barang perhiasan termasuk emas di beberapa lokasi yang mempunyai kaitan dengan Abdul Azeez.

b) Serbuan itu ada kaitan mengenai siasatan berkenaan satu projek seliaan Tahung Haji (TH).

c) Dalam serbuan itu, sepasukan pegawai SPRM menyerbu empat lokasi termasuk dua kediaman Abdul Azeez di Sunway dan Baling serta pejabat TH termasuk Pejabat Kelab Putera 1Malaysia.

d) Wang tunai Ringgit Malaysia yang dirampas dipercayai sejumlah RM500,00 dan selebihnya adalah mata wang asing bernilai kira-kira RM500,000.

(Sumber: BH Online 25 Sept 2018)

Inilah kualiti sebenar seorang ahli parlimen yang muncul daripada kerajaan kita.

Persoalannya, bilakah ahli parlimen ini akan didakwa dan hantar ke penjara dalam kes rasuah tersebut? Atau kerajaan semasa perlukan orang-orang seperti ini untuk membuktikan majoritinya di parlimen?

Kali ini adakah MIC akan bersuara ataupun diam diri seperti hamba abdi didepani tuan mereka walaupun kaumnya dihina?

Saya percaya sekiranya kesemua ahli parlimen yang telah didakwa dalam kes rasuah berskala besar dan salah guna kuasa dilucutkan kedudukan mereka sebagai ahli parlimen maka, tiada isu untuk penukaran speaker Dewan Rakyat dan kedudukan perdana menteri kini.

Susulan ketidakcekapan kerajaan Pakatan Harapan untuk menuduh OKT(Orang Kena Tuduh) ini dengan kadar segera semasa mereka kerajaan, inilah akibatnya yang perlu ditanggung oleh kita semua. Hari ini seluruh dunia sedang melihat cara dan kaedah yang kita gunakan dalam Dewan Rakyat yang kita semua sanjungi.

Saya merayu Baginda YDPA Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai tonggak kehakiman dan keadilan serta menjamin kesejahteraan negara untuk mengambil tindakan tegas terhadap ahli parlimen yang kurang bersopan ini.


PAPPA RAIDU VERAMAN
Malaysian Indian Voice- MIV 

Lihat Komen
ADS