Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Surat
SURAT l 'Saya sendiri tengok gambar perwira kita gugur'

SURAT l Dakwaan Datuk Mohamaddin Ketapi bahawa pasukan keselamatan berperang dengan ayam dan anjing, telah mengguris serta menyakitkan hati pewaris anggota yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu.

Selaku menteri yang bertanggungjawab ketika itu, dakwaan pasukan keselamatan berperang dengan ayam dan anjing adalah satu penghinaan yang tidak boleh diterima.

Pemimpin pembangkang itu tanpa rasa malu, bersalah atau bersimpati, telah memfitnah kononnya peristiwa pencerobohan Lahad Datu sebagai sandiwara. Tuduhan ini memang saya sedih, marah dan terkilan.

Saya pernah di MINDEF dan KDN. Saya faham susah payah dan jerit perih perwira kita bertugas mempertahankan tanah air.

Mereka bersengkang mata, berjauhan dengan keluarga dan bersiapsiaga siang malam. Cabaran yang mereka hadapi sebahagiannya tidak pernah terbayang di fikiran kita sebagai rakyat biasa.

Saya sendiri menyaksikan gambar perwira kita yang gugur di Lahad Datu dalam keadaan yang amat menyayat hati. Saya sendiri bertemu mereka kita yang tercedera.

Saya nak tanya Datuk Mohamaddin Ketapi, ke mana hilangnya rasa tanggungjawab dan hormat terhadap perwira kita yang sanggup pertaruh nyawa semasa pencerobohan tersebut? Sepatutnya beliau lebih matang dan sensitif.

Kalau terdesak sekalipun untuk menang PRNSabah, janganlah sampai memutarbelitkan isu keselamatan sebagai modal ceramah kempen. Ia amat memalukan dan tidak boleh diterima sama sekali.

Kepada pemimpin pembangkang, ada tak yang nak bidas Mohammadin Ketapi?

Kalau betul ia sandiwara biar presiden parti Warisan sendiri mengesahkan sama ada ya atau tidak kerana insiden itu juga berlaku di Semporna sendiri.

Jadi bagi pihak Mohamaddin saya mengambil kesempatan ini meminta maaf yang amat sangat kepada keluarga dan waris mereka yang terkorban. Kalau mahu berpolitik pun kena ada had dan batasan.

Saya tengok mereka terdesak, sudah tiada isu lain dan bila orang mengatakan bahawa mereka membuka ruang untuk pihak tertentu datang dari luar masuk ke Sabah dan memudahkan perjalanan mereka, mereka cuba alih pandangan orang ramai kepada isu yang tak ada asas langsung.

Memang ini tentunya agenda politik dan berkaitan dengan isu ini tuduhan bahawa kita tak lakukan apa-apa semasa kita memerintah. Saya akan keluarkan kenyataan dan kita senaraikan apa yang kita dah buat di Lahad Datu termasuk membuat kem dan mengatur gerak perkakas dan bala tentera kita ke sini.


HISHAMMUDDIN HUSSEIN ialah menteri luar dan bekas naib presiden Umno.

Artikel ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Lihat Komen
ADS