Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
SURAT | NGO pelbagai agama gesa langkah sepadu, menyeluruh tangani banjir

Kami, Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith Network (MCCIN) yang terdiri dari pertubuhan pelbagai agama seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Friendship Group of Interreligious Services (FGIS) memandang berat isu bencana banjir yang melanda beberapa negeri di dalam negara.

Kami dengan tegas berpendirian bahawa isu bencana banjir yang sering berlaku berulang kali disebabkan beberapa faktor besar yang di mana seluruh pihak harus mengambil tanggungjawab:

1) Perubahan Iklim: Perubahan iklim menyebabkan berlakunya 'unpredictable weather' seperti yang berlaku kini di mana tiada musim yang boleh dijangka berlaku mengikut masa seperti musim tengkujuh.

Situasi ini mengakibatkan ketidaktentuan waktu hujan turun dan kadar taburan hujan pada sesuatu masa.

Lantas, situasi ini menjadi penyebab berlaku banjir besar apabila kemudahan yang disediakan bagi membendung limpahan air tidak dapat berfungsi.

Justeru, pihak berkuasa dan masyarakat harus menitikberatkan isu perubahan iklim yang berlaku ini yang pasti menjadi faktor utama kepada masalah banjir.

2) Aktiviti pembalakan yang berleluasa tanpa kawalan: Aktiviti pembalakan berleluasa pasti akan mengakibatkan stok air di kawasan hutan simpan di hulu sungai terjejas dan mengakibatkan berlakunya banjir lumpur.

Aktiviti pembalakan secara ‘land clearing’ atau ‘cuci mangkuk’ untuk juga akan memburukkan keadaan kerana jumlah larian air melebihi 'infiltration' (jumlah air yang meresap masuk dalam tanah untuk 'groundwater recharge' iaitu 'takungan simpanan' kita).

Seharusnya aktiviti pembalakan dan sebagainya dikawal sebaiknya dan dilakukan secara ‘selective logging’ dan ‘land clearing’ bagi memastikan hutan yang berfungsi melindungi stok air dapat dipelihara.

3) Sungai: Sungai yang tidak diselenggara dengan kerap seperti dikorek dalam sesuatu masa untuk memastikan kedalamannya menepati sukatan tertentu serta bebas dari sampah-sarap juga menjadi penyebab kepada berlakunya banjir.

Justeru, pihak berkuasa harus meningkatkan aktiviti menyelenggara sungai dengan baik, termasuklah memelihara tebing sungai dari diceroboh.

4) Lembangan sungai: Lembangan sungai seperti kawah takungan banjir di kawasan hilir yang berfungsi untuk menakung limpahan air harus sentiasa dipelihara.

Aktiviti pihak tidak bertanggungjawab yang menjejaskan lembangan sungai harus ditangani dan diambil tindakan yang tegas oleh pihak berkuasa.

Aktiviti memperbanyak kolam tebatan banjir harus diperbanyakkan oleh pihak berkuasa untuk menampung air yang berlebihan.

5) Aktiviti penanaman semula: Setiap kali penanaman semula di ladang-ladang, ia menjadi penyumbang tambahan kepada larian air permukaan.

Maka, berkemungkinan aktiviti penanaman semula harus dikaji untuk dilakukan secara berperingkat.

Selain itu, kekurangan pokok di kawasan bandar terutama di kawasan tengah dan hilir sungai juga menyumbang kepada banjir.

Maka usaha menanam Dan memelihara pokok di kedua kawasan ini harus di pertingkatkan. Usaha ini boleh melibatkan komuniti melalui konsep komuniti urban forests.

6) Perumahan: Kita juga harus maklum bahawa pertambahan perumahan akan mengurangkan lagi kawasan berpokok.

Peranan pokok adalah sebagai penyerap air, maka semakin kurang pokok maka jumlah air akan bertambah.

Justeru, pihak kami mencadangkan agar setiap perumahan baharu diwajibkan pemasangan sistem tuaian air hujan atau rainwater harvesting system (RWH) dan dikuatkuasakan kewajipannya dan di kawasan perumahan sedia ada diberi inisiatif untuk memasang sistem tersebut.

Sistem RWH ini juga perlu diluaskan untuk kawasan luar bandar. Sistem ini boleh mengurangkan jumlah air yang masuk ke sistem peparitan dan sungai.

7) Pendidikan alam sekitar: Masyarakat harus ditekankan pendidikan alam sekitar secara menyeluruh yang meliputi isu perubahan iklim dan implikasi dari tingkah laku kita yang tidak beretika seperti membuang sampah di longkang yang menyebabkan berlakunya banjir.

Pendidikan alam sekitar harus dirancang secara sistematik kepada masyarakat.

8) Perancangan bersepadu jangka panjang: Pihak kerajaan persekutuan dan negeri merentasi semua kementerian, jabatan dan agensi harus duduk bersama untuk mengemukakan pelan jangka panjang yang lebih holistik dan bersepadu bagi menangani isu banjir.

Ia memandangkan kesan perubahan iklim dan terjejasnya alam sekitar berlaku akibat dari segenap aktiviti yang berkait dengan pembangunan, pembalakan, etika masyarakat dan sebagainya.

Sudah pasti ia melibatkan penguatkuasaan secara bersepadu untuk pihak berkuasa tangani sebaik-baiknya.

Kesimpulan daripada pernyataan di atas adalah ia menuntut suatu pelan jangka panjang meliputi rangka kerja bersepadu semua pihak meliputi Kerajaan Persekutuan, Negeri, Kementerian, Jabatan dan Agensi.

Kegagalan pihak berkuasa untuk mengemukakan pelan yang lebih bersepadu pasti akan menyebabkan permasalahan banjir berulang kembali dan pasti akan menambahkan beban rakyat setiap kali berlakunya bencana ini.

Selain itu, kerosakan prasarana seperti lebuh raya, jalan, dan kemudahan awam akibat banjir pasti menelan belanja yang amat besar untuk dibaiki yang pasti ia suatu pembaziran terhadap wang hasil titik peluh rakyat.

Kami dengan tegas menggesa isu-isu yang dinyatakan ini, terutamanya perubahan iklim dan penebangan hutan ditangani secara lebih berkesan kerana tanpa penegasan ke atas isu seperti ini, negara kita akan sentiasa berhadapan dengan kesan malapetaka besar sama ada secara langsung atau tak langsung seperti banjir dan penularan wabak Covid-19.

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ ialah penyelaras Malaysian Interfaith Climate Change Network (MICC) merangkap presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Kenyataan ini disokong secara bersama oleh:

1) Malaysian Interfaith Climate Change Network (MICCN)
2) Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM)
3) Friendship Group of Inter Religious Services (FGIS)
4) Council of Churches of Malaysia (CCM)
5) SAVE Rivers
6) Orthodox Syrian Church, Malaysia
7) Malaysian Youth Council (MBM)
8) Young Buddhist Association of Malaysia (YBAM)
9) Tibetan Buddhist Culture Centre Malaysia (TBCC)
10) Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) 11) Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
12) Gerakan Belia Sikh Malaysia (GBSM)
13) Sathya Sai International Organisation Malaysia
14) Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
15) Hindu Sevai Sangam
16) Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (Grass Malaysia)
17) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
18) Projek Wawasan Rakyat (Powr)
19) Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM)
20) Global Peace Mission Malaysia (GPM)
21) Community Action Network (CAN)
22) Seniman Paksi Rakyat (PAKSI)
23) LLG Cultural Centre
24) Malaysian Consultative Council for Islamic Organization (MAPIM) 25) Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
26) Pertubuhan Muafakat Sabah (MUAFAKAT SABAH)
27) Projek 57
28) The Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) 29) Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)
30) Persatuan Ilmu Murni Pulau Pinang
31) Kesatuan Generasi Madani Selangor (KGMS)
32) Interactive Muslimah Association (IMAN)
33) Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah (HSE Sabah)
34) Wanita Impian Negeri Sabah (WINS)
35) Treat Every Environment Special (TrEES)
36) Institut Kepimpinan Bitara.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS