Wang rakyat telah berulangkali disalahguna oleh pihak berkuasa, oleh pegawai rendah hingga ke Menteri Besar. Setiapkali diaudit, laporan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku penyelewengan . Salahguna kuasa dan cara mendapat wang dengan menyeleweng duit rakyat bukan perkara baru lagi.

Tidak hairanlah kerana mereka ini tidak ada 'conscience' atau rasa hati. Mengambil hak orang lain, apatah lagi hak rakyat miskin, adalah perbuatan yang perlu dikutuk sekerasnya. Di negara 'semua boleh' ini, saya percaya tidak ada apa-apa tindakan yang akan diambil ke atas mereka yang terbabit.

Selepas laporan Ketua Audit Negara disebar, akan terdengar ada pihak itu dan ini akan mengambil tindakan. Selepas itu, semuanya akan dilupakan sehinggalah laporan Ketua Audit Negara yang akan datang.

Beginilah nasib rakyat miskin di negara tercinta ini. Yang miskin akan terus kekal miskin, dan yang berkuasa pula akan menjadi makin mewah, kaya raya dan kekal berkuasa.