Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tindakan Kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada mereka yang kehilangan kad pengenalan (IC) patut dipertimbangkan semula.

Memang benar mereka yang kehilangan IC lebih daripada beberapa kali disebabkan kecuaian sendiri patut dikenakan denda yang tinggi. Tetapi pernahkah kerajaan berfikir bagaimana nasib mereka yang kehilangan IC disebabkan lain-lain kemungkinan seperti kecurian?

IC saya pernah hilang sebanyak dua kali dan kehilangan IC ini bukan disebabkan kecuaian saya sendiri. Saya pernah dirompak dua kali sewaktu saya berjalan kaki pulang dari kolej dan perompak tersebut telah mengambil dompet saya yang mengandungi wang tunai dan IC.

Oleh kerana IC saya telah hilang untuk kali kedua, saya telah dikenakan denda yang lebih tinggi berbanding dengan sebelumnya. Kadang-kadang saya tidak membawa IC bersama saya kerana saya khuatir kes yang sama akan berlaku lagi.

Pada pandangan saya, Denda RM200 seperti yang dicadangkan oleh kerajaan adalah tidak wajar kepada sesetengah pihak yang kehilangangan IC disebabkan kes rompak, kecurian dan lain-lain.

Mengapa kerajaan patut mendenda mangsa curi sedangkan kesalahan tersebut bukan berpunca daripada diri sendiri?

Kerajaan sendiri patut sedar dan lihat apa yang berlaku baru-baru ini seperti di Johor Baru. Banyak kes ragut yang berlaku di negeri tersebut dan negeri-negeri lain. Adakah kerajaan akan mengenakan denda yang tinggi kepada mangsa ragut yang sudah pun kehilangan wang dan IC?

Kerajaan patut tingkatkan keselamatan negara ini, bukan hanya meningkatkan denda. Denda kehilangan IC harus diringankan untuk mangsa ragut yang mempunyai laporan polis. Adalah tidak adil jika denda tersebut dikenakan kepada semua orang termasuk mangsa ragut atau mangsa curi.

ADS