Sebagai seorang warganegara yang merdeka, saya melihat isu kutipan tol di lebuhraya dalam negara kita, lebih kepada kebodohan rakyat sehingga menyebabkan mereka terpaksa menanggung beban tol saban hari, di samping kadar inflasi yang semakin meningkat.

Kenapa saya katakan begitu? Ianya kerana rakyat yang bodoh akan melahirkan sebuah kerajaan yang sentiasa memeras rakyat. Sudahlah harga minyak dinaikkan, cukai jalan dikenakan, premium insurans yang semakin mencanak naik, rakyat turut dipakejkan dengan bayaran tol wajib.

Lihatlah, Thailand mempunyai lebuhraya yang setanding dengan kita, tetapi kerajaannya mesra rakyat di mana rakyat Thailand tidak perlu membayar sebarang tol apabila melalui lebuhraya di negara mereka. Bandingkanlah kerajaan mereka dengan kerajaan kita.