Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Boleh dikatakan setiap lampu isyarat terdapat tanda garisan kuning untuk pejalan kaki melintas, terutama di bandaraya Kuala Lumpur. Kini pejalan kaki bagai dinafi hak mereka oleh penunggang motosikal yang sesuka hati memberhentikan motosikal di atas garisan kuning. Bagaimana pejalan kaki hendak melintas dengan selesa jika laluan mereka telah tersekat?

Sebenarnya kesan dari perbuatan Mat motor ini mencerminkan budaya tidak mengikut peraturan lalulintas. Ini juga memberikan gambaran yang buruk terhadap pelancong. Tidak hairanlah kalau indek kemalangan di Malaysia kini banyak melibatkan penunggang motosikal kerana tidak mematuhi peraturan lalulintas. Apakah mereka sengaja buat tidak faham kerana pentingkan diri sendiri? Atau kerana mereka cetek akal mengenai peraturan dan undang-undang?

Pihak berkuasa harus memandang serius perkara ini. Tidak ada satu pun iklan atau penerangan dalam media elektronik dipaparkan berkaitan perkara ini. Apakah harus ditempatkan anggota polis trafik untuk menangani masalah ini? Apakah penunggang motosikal hanya akan patuh apabila disaman atau sikap mereka diperhati?


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS