Saya merasa terkejut dan hairan apabila setiausaha agung DAP bersuara bagi pihak kaum bukan Islam berkenaan dengan undang-undang kecil yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) baru-baru ini.

Kod etika pakaian tersebut diperuntukkan dibawah Seksyen 4 (a) Undang-Undang Pengawalan dan Penyeliaan Establisment Makanan MPKB 1987. Peruntukan ini dikuatkuasakan kerajaan negeri selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Saudara Lim Guan Eng, mungkin apa yang ingin saya nyatakan ini merupakan antara perkara yang saudara Lim terlepas pandang. Saya yakin dan percaya jika saudara ada maklumat tentang ini, saudara tidak akan membantah usaha kerajaan Kelantan malah menyokong pula. Ini kerana usaha tersebut adalah untuk membendung perkara yang tidak elok berlaku kepada semua rakyat Kelantan.

Apa yang ingin dilaksanakan oleh MPKB itu adalah menyamai dengan apa yang telah pun dilaksanakan di negera China. Saya tertarik dengan laporan BBC News bertarikh 2 Sep 2004 yang bertajuk China bans 'sexy' female attire' .

Laporan itu berbunyi: 'Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use 'dirty' language in the office'.

Antara lain laporan tersebut berbunyi: "Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report. They should 'dress in a serious, proper, simple and natural way'. The regulations are the first of their kind in the country, says the partly state-owned China News Service .

'The clothes must not be "avant-garde and ostentatious", the regulations announced by the Zhejiang provincial archives bureau say. Nor should they be 'too thin and tight or showing the under-garments'.

Akhir kata saya tidak dapat mengelak dari mengatakan bahawa seorang pimpinan politik besar seperti saudara sepatutnya menunjukkan kematangan pemikiran yang lebih jauh dan mendalam disamping mengkaji sesuatu perkara dari sisi baik buruknya.

Tuduhan saudara yang saya kira agak melulu dan yang terawal dalam melontarkan kritikan amat mengecewakan kaum Melayu Islam yang meletakkan persoalan sopan dan budaya sebagai perkara penting dalam kehidupan mereka. Dan saya khuatir kritikan saudara tidak disenangi oleh golongan yang prihatin ini.