Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Surat
SURAT l Segera beri AP pada pasaraya untuk elak kenaikan harga

Tidak ada penyelesaian muktamad sekian lama, sejak kebelakangan ini, isu kenaikan harga barang terutamanya bahan mentah termasuk ayam, sayur dan telur ayam sekali gus menjadi antara topik yang hangat diperkatakan di media sosial.

Kenaikan harga barang keperluan utama dapur ini sememangnya sangat memeranjatkan pengguna kerana harga barang yang dijual ketika ini selalunya berlaku pada musim perayaan sahaja.

Apa yang disarankan oleh Perdana Menteri adalah yang terbaik untuk keluar dari kemelut yang tidak ada noktahnya, permit import (AP) bagi mengimport ayam bulat patut dah lama dibuka kepada pengusaha pasar raya besar, sebelum ini AP hanya hanya dibenarkan mengimport keratan ayam seperti kepak, paha dan lain-lain.

Dan lagi kerajaan patut dah lama mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur.

Fikir kan satu penyelesaian termasuk mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) agar dapat menghapuskan peranan orang tengah, penglibatan orang tengah itu dimaklumkan sendiri oleh peniaga ayam, telur dan sayuran.

Sebagai contoh, sayur bendi dijual dengan harga RM8 sekilogram di pasar sedangkan harga di ladang hanya RM4 sekilogram.

Barang ini (barang basah) dari kilang atau daripada petani akan melalui orang tengah mungkin tiga hingga empat orang, dan setiap orang telah mengambil untung RM1 atau RM2 bagi satu barang jadi bila sampai di pasar mereka sudah menjual dengan harga yang tinggi.

Pihak PPMM juga telah memeriksa harga asal dan harga jualan oleh peniaga pasar, ternyata kenaikan harga barang bukan daripada peniaga, katanya selepas melakukan tinjauan di Pasar Besar Selayang, di Kuala Lumpur pada minggu lepas.

Mengulas lanjut, saya ingin menyarankan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membekalkan bahan mentah kepada peniaga bagi mengawal harga di pasar basah.

Setiap kali harga ayam naik, mesti ia dikaitkan dengan harga dedak yang meningkat. Skrip sama setiap tahun sehingga peniaga juga boleh mengagak jawapan daripada pembekal.

Diakui isu kenaikan harga barang mentah sudah berlaku sejak dulu lagi. Tidak kira kerajaan mana yang mentadbir, masalah ini sering timbul.

Yang menjadi mangsa adalah pengguna yang tiada pilihan. Mahu tidak mahu terpaksa juga membeli. Terbeban

Kenaikan harga barang mentah juga membebankan peniaga makanan yang terpaksa menaikkan kos kerana tidak mahu terus menanggung rugi.


LT COL (H) CHE HASSAN CHE JOHAN ialah Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS