Siapa sahaja boleh beri pandangan kepada PAS, bahkan boleh kritik PAS.

PAS terbuka dengan pandangan serta kritikan. PAS hargai pandangan yang baik serta membina.

Begitu juga kritikan, tidak ditolak mentah-mentah. Bahkah ada ketika dijadi asas untuk membuat penilaian.

Cuma harus diingat. PAS tetap PAS, gerak kerjanya berteraskan prinsip, berdisiplin dan berorganisasi.

Keputusan PAS di muktamar, Majlis Syura, PAS Pusat, Perhubungan PAS negeri mengikut bidang kuasa masing-masing.

PAS tidak membuat keputusan di kedai kopi dan di tepi jalan. Tidak melompat dan terkoyak hanya disebabkan kritikan serta tohmahan.

Ahli PAS pula memiliki disiplin jamaah, wala’ serta taat dengan keputusan jemaah. Ahli yang berakhlak akan tetap menjaga disiplin serta adab berjemaah.

Sebagai makmum, dia tidak akan membaca Al-Fatihah lebih kuat dari imam, serta tidak akan rukuk dahulu dari imam.


AHMAD YAHAYA adalah ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.