SURAT | Nak runding boleh tapi lantikan menteri hak PM
Tindakan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar Bersatu bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) semalam menimbulkan pelbagai reaksi.
Zuraida turut mengumumkan hasratnya untuk bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan soal peletakan jawatannya sebagai anggota kabinet.
Ini bermakna, beliau masih lagi seorang anggota kabinet dan masih menjadi penyokong kepada kerajaan yang sedia ada.
Saya menyeru semua pihak agar tidak "menangguk di air keruh" dengan menekan perdana menteri untuk mengugurkan beliau serta melantik orang itu dan ini.
Parti-parti yang menganggotai kerajaan boleh berunding dengan perdana menteri, akan tetapi dalam soal pembentukan dan penyusunan kabinet, ia merupakan hak mutlak perdana menteri yang harus dihormati oleh semua pihak.
SENATOR MUHAMMAD ZAHID MD ARIP ialah anggota Dewan Negara dan anggota Bersatu.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

