SURAT | Bertindak tegas halang samseng politik
SURAT | Aliran mengecam tingkah laku samseng yang bertujuan mencetuskan kekacauan di sebuah perhimpunan politik aman baru-baru ini.
Pada malam 22 Okt lalu kira-kira 30 orang yang memakai topeng muka mula menjerit serta membaling botol dan mercun bagi mengganggu majlis politik anjuran parti Muda di Muar.
Ini merupakan provokasi kedua sejak kebelakangan ini berikutan kejadian serupa minggu lalu.
Hooliganisme bukanlah tergolong dalam proses demokrasi.
Perselisihan faham dalam politik tidak boleh dibiarkan bertukar menjadi ganas. Tiada sesiapa pun harus dibenarkan membuat kekacauan dalam sebuah acara aman.
Jika tidak, orang yang tidak bersalah mungkin mengalami kecederaan.
Aliran menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas bagi mencegah ugutan dan memastikan keselamatan mereka yang menghadiri acara politik aman.
Peserta tidak perlu bimbang atau gentar akan keselamatan mereka dalam acara seperti ini.
Sekarang negara sudah dibelenggu dengan masalah seperti rasuah, ekonomi yang lembap dan hutang negara. Kita tidak memerlukan hooliganisme dan gerombolan samseng untuk ditambahkan pada senarai masalah yang ada.
Pihak berkuasa mesti membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan tanpa berlengah lagi.
Tindakan pantas dan berkesan diperlukan bagi menghalang sesiapa sahaja yang mungkin terpengaruh untuk menggunakan tingkah laku samseng
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/10/242aa66f06c5a7a3fe780b824cc38cf0.jpg)
