PRU15 melabuh tirainya dengan penuh kejutan. Pengisytiharan parlimen tergantung dibuat akibat tidak ada parti melepasi garis 112 kerusi di Parlimen.

BN hanya menang 30 kerusi atau 17% daripada jumlah keseluruhan 178 kerusi yang ditandinginya. Tahap sokongan pengundi berada dalam tahap terburuk dalam sejarah. Ramai nama besar kecundang walaupun dikatakan berada di tempat selamat. Rakyat menghantar isyarat untuk mengajar dan menunjuk kepada kita apa yang mereka mahu.

Kini, BN perlu membetulkan semula dan menilai daripada hal yang berlaku. Kepimpinan utama Umno atau BN perlu mencari solusi dan meneliti segala kelemahan parti. 

Sebagai ahli parti saya mencadangkan agar BN menjadi pembangkang sepenuhnya dalam Dewan Rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang. Ahli-ahli parlimen BN perlu menyemak dan mengimbangi pembangkang yang wibawa untuk membentuk bakal kerajaan yang akan ditubuhkan. Tidak perlu bersama Perikatan Nasional, Pakatan Harapan atau mana-mana gabungan sebab itu kehendak dan aspirasi rakyat. Dengan akta lompat parti BN perlu bergerak solo dan jangan campur langsung urusan kerajaan. Kita perlu muhasabah diri. 

Akhir kata, percayalah, BN mampu bangkit semula. Kita perlu buat penjenamaan, membayangkan, memulih dan pembinaan semula BN dalam tempoh lima tahun akan datang untuk PRU16. Pemilihan parti akan diadakan dalam tempoh enam dari sekarang. Mulakan di situ. 

Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita semua. Wallahuallam.


GULAM MUSZAFFAR ialah setiausaha Umno bahagian Batu.

Tulisan ini tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiakini.