SURAT | Kerjasama ke arah menang 3-0 di Hulu Selangor
SURAT | Pengumuman berkenaan kerusi Hulu Bernam yang diberikan kepada Amanah dalam pilihan raya negeri (PRN) di Selangor adalah dirujuk.
Pemuda Amanah Hulu Selangor mengucapkan terima kasih atas kepercayaan pimpinan parti serta parti sahabat BN khususnya Umno dalam mencapai kata sepakat berkenaan keputusan tersebut.
Perkembangan ini merupakan titik tolak yang akan mengukuhkan lagi kerjasama dan gerak kerja berpasukan dalam kerajaan perpaduan sekali gus memberi lonjakan sokongan kepada gabungan PH-BN Selangor.
Amanah Hulu Selangor akan berusaha sedaya upaya dan akan mengerahkan seluruh kekuatan dengan sokongan rakan parti dalam gabungan bagi memastikan kerusi Hulu Bernam kekal dimenangi parti dalam kerajaan.
Selari dengan komitmen tersebut, Amanah Hulu Selangor juga akan memastikan anggota dan jentera parti turut membantu parti rakan yang bertanding di kerusi Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu bagi mencapai sasaran kemenangan 3-0 di Hulu Selangor.
Kami juga menyeru agar seluruh pengundi di Selangor khususnya di Hulu Bernam untuk keluar mengundi beramai-ramai pada 12 Ogos ini.
Kita perlu memberikan sokongan kepada parti dalam kerajaan perpaduan bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran bersama dapat dicapai.
ABDUL MUN’IM ROSLIN ialah ketua Pemuda Amanah Hulu Selangor.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/07/df505322d2c43b89ad05bca46e5ae0ef.jpg)
