Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Jawapan Lembaga Pelabuhan Kelang terhadap dakwaan 'lembap'

SURAT | Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) ingin membuat kenyataan balas terhadap artikel bertajuk “Dakwa LPK ‘lembap’, ahli perniagaan gesa menteri campur tangan” terbitan Malaysiakini semalam.

Pengadu telah menghantar emel kepada LPK pada 13 Oktober 2023 untuk bertanya tentang jadual pasang surut air laut untuk kapal berlabuh di Southport.

LPK telah menghubungi Northport, operator terminal pada 16 Oktober 2023 untuk berhubung dengan pengadu dan mendapatkan butiran mengenai jangkaan draf (kedalaman) kapal dalam tempoh tiga bulan untuk penyediaan jadual pasang surut air laut.

Ia merupakan amalan biasa bagi ejen untuk meminta jadual pasang surut air laut kira-kira seminggu lebih awal daripada ketibaan kapal tetapi bukan tiga bulan lebih awal.

Terminal Southport yang terletak berhampiran muara sungai Klang berusia lebih 100 tahun dan tertakluk kepada kadar pemendapan yang tinggi.

Oleh itu kitaran pengerukan perlu diuruskan dengan teliti untuk memastikan kedalaman optimum dikekalkan bagi mengelakkan kerja-kerja pengerukan yang kerap dan melibatkan kos yang tinggi.


Dakwa LPK 'lembap', ahli perniagaan gesa menteri campur tangan


Pengadu sebelum ini juga mempertikaikan peraturan keselamatan pelabuhan dengan menegaskan kapal bersaiz besar dibenarkan berlabuh di pelabuhan walaupun terdapat peraturan yang jelas.

Baru-baru ini dia turut mempersoalkan polisi berlabuh di pelabuhan yang telah dimaklumkan dan diterima oleh komuniti pelabuhan

serta menimbulkan rasa tidak puas hati selepas kapalnya terpaksa menunggu giliran berlabuh selepas sebuah lagi kapal yang tiba lebih awal.

LPK mengalu-alukan kritikan yang membina dan akan menjawab pertanyaan dan aduan daripada pengguna pelabuhan dengan segera apabila maklumat penuh diberikan.

Pengguna pelabuhan yang tidak menerima balasan dalam tempoh tiga hari bekerja boleh mengemukakan pertanyaan mereka kepada [email protected]

Walaupun Malaysiakini mendakwa bahawa ia telah menghubungi LPK dan sedang menunggu maklum balas, kami mengesahkan bahawa tiada hubungan dibuat dengan

Jabatan Komunikasi Korporat kami untuk mengesahkan aduan itu.

Atas dasar tanggungjawab dan etika kewartawanan, Malaysiakini sewajarnya menyemak dengan LPK dan mendapatkan kesahihan sesebuah berita sebelum penyebaran dibuat.


Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS