Banyak lagi yang Khairy perlu lakukan
Nampaknya makin menjadi-jadi lamanweb yang pro-Khairy Jamaluddin dan anti-Khairy ini. Macam baca majalah sensasi, tetapi tidak ada kesudahannya. Sebagai anak muda Negeri Sembilan, kita berpendapat ianya hanyalah sekadar untuk melepaskan emosi dan perasaan.
Jenguk-jenguklah daerah Rembau. Berilah idea dan cadangan yang bernas bagaimana kita anak muda di Rembau ini - tidak kiralah dari Umno, PAS, PKR atau Mat Rempit - dapat membangunkan sosiabudaya dan sosia ekonomi Rembau.
Janganlah menang sorak kampung tergadai. Tengok sajalah projek pembinaan IKM (Institut Kemahiran MARA) di Pilin dalam Parlimen Rembau yang sudah lama terbengkalai. Bukankah tujuan pembinaan IKM untuk membantu belia Melayu?
Banyak lagi perkara yang Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau perlu lakukan. Banyak lagi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Rembau boleh lakukan, selain daripada memecahbelahkan, bukan sahaja di kalangan pemuda Umno Rembau, tetapi juga memecahbelahkan pemuda Rembau dan Negeri Sembilan secara amnya.

