Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Serangan pengecut terhadap keluarga Rafizi tak boleh terlepas dari hukuman

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan pengecut terhadap anak lelaki bekas menteri ekonomi yang berusia 10 tahun di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, diikuti pula dengan ancaman terhadap keluarganya.

Tingkah laku sedemikian itu adalah amat keji, memalukan dan menghina kesopanan asas. Ia mendedahkan ketidakupayaan atau keengganan pelaku untuk berhadapan dengan orang yang berkenaan melalui cara yang sah seperti mahkamah atau polis.

Dilaporkan bahawa serangan itu dikaitkan dengan kerjanya yang mendedahkan skandal politik dan lain-lain daripada maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat.

Pihak berkuasa hendaklah berusaha sedaya upaya dalam siasatan mereka dan memastikan mereka yang bertanggungjawab segera ditangkap, didakwa dan dihukum mengikut undang-undang sepenuhnya.

Pihak polis mestilah memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan. Jika ini boleh berlaku kepada bekas menteri, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.


MOHIDEEN ABDUL KADER ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS