Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Dangkal jika tuduh subsidi bersasar langkah kosmetik

SURAT | Tuduhan pembangkang bahawa penurunan harga RON95 sebagai langkah kosmetik adalah dangkal dan cuba mengelirukan rakyat.

Penurunan petrol ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan program Budi95 dengan setiap warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan lesen memandu aktif layak secara automatik menerima subsidi sehingga 300 liter sebulan.

Langkah ini baik untuk negara kerana subsidi petrol benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia, tanpa ketirisan daripada pihak luar atau golongan tidak sepatutnya.

Selain itu, langkah kerajaan mengurangkan kos sara hidup rakyat bukan hanya bergantung pada penurunan harga minyak semata-mata, tetapi turut melaksanakan kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 yang bermula sejak Februari 2025.

Bukan itu sahaja, kerajaan ketika ini juga menyalurkan bantuan melalui pelbagai inisiatif lain seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara). STR menyediakan bantuan tunai sehingga RM650 setahun, manakala Sara membolehkan rakyat membeli barangan asas menggunakan MyKad di pasar raya terpilih.

Jika Dr Halimah benar-benar prihatin terhadap rakyat, maka langkah petrol bersasar ini perlu disokong tanpa permainan politik. Kenyataan Dr Halimah memberi gambaran seolah-olah pembangkang ketika ini lebih selesa subsidi petrol terus dinikmati bukan warganegara maka pendirian itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah memalukan blok pembangkang.


NOOR ATILLAH ABDULLAH SANI merupakan ahli majlis pimpinan AMK dan ketua biro kebajikan & kemasyarakatan AMK Malaysia.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS