Paling Popular
Terkini

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ingin menjelaskan bahawa pengiktirafan yang diberikan sempena Majlis Apresiasi ERAT baru-baru ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada organisasi-organisasi media yang telah menyumbang secara konsisten dalam membantu menyampaikan pelbagai laporan, penulisan dan hebahan berkaitan usaha pemerkasaan integriti, pencegahan salah laku serta kesedaran awam sepanjang tempoh lebih 15 tahun.

Penghargaan tersebut diberikan kepada organisasi media secara keseluruhan atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada EAIC selama ini.

Sehubungan itu, kehadiran para penerima pada majlis berkenaan adalah dalam kapasiti sebagai wakil kepada organisasi media masing-masing, termasuk pengamal media yang terlibat dalam liputan dan penerbitan kandungan berkaitan EAIC.

EAIC amat menghargai peranan semua organisasi media dan pengamal media dalam membantu memperkukuhkan penyampaian maklumat kepada masyarakat serta menyokong usaha membudayakan integriti dan tadbir urus yang baik.


Tulisan ini adalah daripada Unit Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS