SURAT l Telur adalah sumber protein yang diperlukan oleh setiap genap lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, orang muda atau tua. Ianya mudah, senang dimasak, enak dan berkhasiat dimakan.

Tidak hairanlah, setiap kali kita ke pasar awam atau pasaraya, ramai orang akan mencari dan membeli telur.

Namun hari ini, penjual telur nampak pelik sikit. Apabila ditanya, katanya pening kepala kerana ramai pembeli bertanya kenapa harga telur sekarang ini mahal.

Ada orang buat aduan dan pihak penguatkuasa Kementerian Hal Ehwal Pengguna datang. Mereka kata yang pihak jabatan vaterinar memberitahu sekarang ini banyak ayam sedang sakit, maka telur tidak dapat dipasarkan.

Setelah dibelek tanda harga telur ayam yang dipamerkan di pasar awam di Presint 9, Putrajaya, harganya adalah seperti berikut:

  • Telur saiz AA = RM0.69 sen/sebiji atau RM6.90 sen/10 biji atau RM20.00 satu papan (tray) 30 biji;

  • Telur Saiz A = RM0.60 sen/sebiji atau RM6.00 sen/10 biji atau RM17.40 satu papan (tray) 30 biji;

  • Telur Saiz B = RM0.57 sen/sebiji atau RM6.00 sen/10 biji atau RM16.80 satu papan (tray);

  • Telur Ayam Kampung = RM0.75 sen/ sebiji atau RM7.50 sen/10 biji atau RM21.00 satu papan (tray).

Secara perbandingan harga telur ayam di pasaraya pula seperti berikut:

  • Telur saiz C = RM0.57 sen/sebiji atau RM5.70 sen/10 biji atau RM14.40 sen satu tray

Dalam hal ini, Putra merujuk kepada laporan pemerhati politik Azizi Safar, pada 22 Ogos lalu menerusi hantaran di media sosialnya yang mendakwa harga telur Gred A satu papan atau 30 biji kini dijual dengan harga RM15.23. Manakala harga telur Gred B pula antara RM14 hingga RM15 dan Gred C sebanyak RM12 hingga RM14.

Sebelum ini, pada 10 Oktober 2024, PUTRA pernah melaporkan kekurangan bekalan telur menjadikan harganya seperti berikut :

  • telur ayam gred A = RM12.61/30 @ RM0.42 sen sebiji;

  • telur ayam kampung RM7.12/10 @ RM0.71 sen sebiji.

Maka dengan itu, jika dibadingankan harga telur ayam gred A pada tahun 2024 pada harga RM0.42 sen sebiji dan kini pada tahun 2026 pada harga RM0.60 sen sebiji, data menunjukkan adanya kenaikan harga sebanyak RM0.18 sen atau 42.85 peratus.

Berdasarkan kenaikan harga ini, rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah mengharapkan agar pihak kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi mengelakkan harga telur ayam terus meningkat di luar jangkaan dan kawalan serta membebankan mereka yang berpendapatan rendah.


ASMAWAR SAMAT adalah Pengerusi, Ehwal Pertanian dan Kos Sara Hidup Rakyat, parti Putra.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.