Kenapa tidak meminta maaf BA?
Faizal AnuarPublished: Apr 5, 2001 6:51 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Saya merujuk kepada pendapat James Wong Wing On yang bertajuk [#1] Spy-catching, Utusan style [/#] (April 4). Saya bersetuju dengan penulis bahawa sememangnya baik bahawa Utusan Malaysia meminta maaf daripada bekas duta America Syarikat, iaitu John R Malott. Tetapi, akhbar tersebut juga patut minta maaf daripada pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif yang lain seperti Lim Kit Siang dan Kerk Kim Hock dari DAP.
Mengapa hanya berani meminta maaf daripada orang asing dan Amerika Syarikat? Mengapa Utusan tidak berani minta maaf daripada PAS, Keadilan, PRM dan DAP? Bukankah ini perangai yang tidak patriotik, dan merendahkan maruah Bangsa Malaysia?
View Comments0

