Saya rasa terpanggil untuk mengulas secara ringkas tulisan Eva Ibrahim ([#1] Let's not cut off anyone's hand [/#], April 5) dan Steve Oh ([#2] Outdated, dehumanising practice [/#], April 6) yang mempertikaikan hukum syariah yang dijalankan oleh Taliban. Apa yang saya nampak, Eva mempergunakan gambar-gambar dalam sebuah laman web untuk membuat kesimpulan atas apa yang beliau sifatkan sebagai ' barbarous ' serta diimplikasi sebagai ' uncivilised ' (tidak bertamadun).

Itukah cara kesimpulan dibuat? Dengan melihat kesudahan sesuatu cerita tanpa melihat dan mengetahui keseluruhan cerita tersebut? Tahukah bagaimana kronologi dan cerita sebenar yang mengakibatkan si pesalah dihukum potong tangannya? Tahukah apa sebenarnya yang telah terjadi kepada mangsa-mangsa dan harta-benda yang dirompak oleh pesalah?

Menerusi link yang dikemukakan, hanya gambar-gambar di hari pesalah dihukum dapat dilihat dan hanya sedikit maklumat berkenaan sebab beliau dihukum. Cukupkah ini dijadikan sandaran untuk membuat kesimpulan hukuman tersebut ' barbarous ' dan ' uncivilised '?

Penulis menuduh satu pihak tanpa mengetahui hujung pangkal kejadian sebenar, tanpa mendengar hujah dari kedua-dua pihak yang terlibat. Kemudian penulis menuduh pihak tersebut ' uncivilised ' dan sebagainya. Ketahuilah, sikap seperti ini sendiri sebenarnya amat tidak bertamadun. Dan teramat malang sekali (malah beribu-ribu kali!) sekiranya anda seorang Muslimin atau Musliman.