Benarkah usaha Umno gagal?
Membaca tulisan Aman Rais mengenai usaha murni Azalina Othman untuk menarik golongan muda ke dalam Umno melalui Puteri Umno cukup menghiburkan saya pada pagi yang bening ini ([#1] Berjayakah strategi Puteri Umno? [/#], 13 April).
Apakah beliau alpa pada fakta yang nyata? Bahawa jika benar segala usaha Umno menggunakan artis telah gagal, mengapakah hari ini Umno masih menjadi tunggak kerajaan?
Apakah kayu pengukur yang dijulat oleh beliau untuk membuat kesimpulan tersebut? Apakah reaksi penulis jika ada orang lain yang cuba menghubungkan pengaruh parti Keadilan dengan kehadiran Ito kumpulan Blues Gang yang kini menjadi tukang sorak parti itu?
Siapa? Ya. Ito, bekas vokalis kumpulan Blues Gang yang pernah dikaitkan dengan kelonggaran moral itulah. Kalau tidak percaya, sila rujuk ke pejabat Keadilan dan semak keahliannya. Apakah pengundi majoriti di Lunas memilih Keadilan kerana terharu mendengar suara Ito yang 'bluesy' itu? Mungkin penulis sahaja yang bisa menjulatnya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.