Terdesak sangat kah Puteri Umno ini? Beberapa hari yang lalu saya telah menghadiri satu mesyuarat di tempat kerja (yang tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik). Tidak semena-mena seorang 'puteri' telah mengedarkan borang keahlian untuk Puteri Umno. Sedangkan terang-terang, rasa saya tidak digalakkan berpolitik di tempat kerja.

Katakanlah yang mengedar itu ahli Keadilan atau PAS, sudah tentu ada sebarang tindakan diambil. Tetapi bila Umno yang buat, orang buat buta mata. Saya yang langsung tidak berminat hanya mendiamkan diri, tetapi semalam di mesyuarat yang lain, bertemu lagi dengan 'puteri' tersebut dan beliau betanyakan saya mengenai borang tersebut dan dengan nada memaksa menyuruh saya mengisi borang tersebut.

Beginikah cara mereka? Nampak sangat terdesak. Kalau orang teringin dan rasa benda tersebut boleh mendatangkan manfaat, tidak perlu paksaan, dengan sendirinya kesedaran timbul untuk menyertainya. Kalau orang tidak berminat, tidak payah hendak paksa-paksa.