Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Chua Jui Meng di Parlimen. Saya ingin mencabar tujuh orang pakar Hospital Kuala Lumpur yang telah memeriksa Dato' Seri Anwar Ibrahim agar mengeluarkan kenyataan memperakui bahawa pembedahan secara 'microscopic dissectomy surgery' adalah cara yang paling sesuai dan perlu dilakukan ke atas beliau.

Saya merasakan, atas dasar peri kemanusiaan, kenyataan serta jaminan dari doktor pakar berkenaan sangat perlu dari membiarkan 'pakar-pakar politik' sahaja yang bercakap yang bukan-bukan.

Walau apa sekali pun, kenyataan tersebut harus diterima dengan hati yang terbuka oleh semua yang terlibat dan berkepentingan.