Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

'Keep your grouses off the street' (April 26) yang dikemukakan oleh Chakagirl menunjukkan betapa generasi muda masakini bersikap angkuh, bersikap tidak apa dan peduli apa terhadap apa yang berlaku disekelilingnya. Cuma yang diutamakan ialah sikap mementingkan diri sendiri, seperti sikap para pemimpin yang menerajui negara ketika ini. Egosentrik. Nyata generasi seperti inilah bakal pewaris sistem kroni kapitalisme dan nepotisme. Sedih.

Nyata sekali daripada kata-katanya " leave us out of it ", penulis ialah individu yang tidak bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan negara amnya. Dia benar-benar lepas tangan terhadap tanggungjawabnya sebagai individu dalam masyarakat. Penampilannya langsung tidak mempunyai sedikitpun ciri-ciri nasionalisme dan patriotisme, sekadar menjadi parasit. Belia seperti inikah yang kita harapkan untuk menerajui keharmonian rakyat dan negara di masa hadapan?

Tidak usahlah bertanya adakah pemimpin pembangkang benar-benar tahu apa yang mereka mahu atau bertanya apakah silapnya negara kita. Aduhai, bukalah mata, bentangkan minda, gunakan kebijaksanaan akal untuk bertanya diri sendiri dan menilai sendiri apa makna sebenar penindasan, penganiayaan, ketidakadilan dan korapsi yang berleluasa tanpa batasan.

Sayang sekali, dalam kecanggihan teknologi maklumat, ada lagi yang masih tidak tahu membezakan antara yang palsu dan sahih.

Diharap penulis dapat membuat pertimbangan semula terhadap apa yang dikemukakannya. Usia masih muda usah dipersiakan. Perjalanan masih panjang, masih belum terlambat untuk mewujudkan kesedaran untuk menilai semula harga diri dan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS