Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Adakah Sarawak memerlukan sebuah lagi parti politik baru, mengambil kira apabila PKR berjaya menubuhkan kerajaan negeri yang baru dan ini akan membuka ruang seluasnya kepada Umno untuk bertapak di Sarawak?

Dapatkah pimpinan negeri PKR yang sedia ada meraih sokongan daripada orang Dayak, orang Ulu dan Melayu/Melanau, apabila keseluruhan kawasan majoriti Cina akan ditandingi oleh DAP?

Adakah PKR mampu melakukannya?

Sekiranya PKR atau Pakatan Rakyat berkuasa di Sarawak, ini bermakna untuk pertama kalinya, politik Sarawak akan ditentukan oleh parti daripada Semenanjung (PKR dan DAP, mungkin juga oleh PAS) dan bukan parti dari Sarawak itu sendiri.

Adakah senario ini alternatif yang baik kepada situasi hari ini sedangkan Umno sendiri tidak dapat masuk secara langsung?

Rakyat Sarawak harus bertanya kepada diri mereka sendiri bahawa adakah rakyat Sabah menikmati lebih banyak kebaikan apabila Umno memerintah Sabah?

Jawapannya semestinya "tidak".

Oleh itu rakyat Sarawak hendaklah bertanya kepada diri mereka sendiri bahawa adakah negeri Sarawak akan lebih baik bawah PKR atau di bawah parti baru tempatan yang menggantikan PBB, SNAP, MDC, PRS dan SPDP sebagai rakan kepada Pakatan Rakyat?

Pilihan saya lebih condong kepada cadangan terakhir ini kerana ia akan lebih mengekalkan autonomi Sarawak daripada tunduk kepada orang Semenanjung, walaupun bawah pimpinan Anwar Ibrahim.

Dalam pada masa yang sama, Sarawak akan masih mempunyai kuasa dan pilihan sendiri dalam kerajaan Persekutuan bawah Pakatan Rakyat.

Atau, jalan keluar muktamad selain itu hanyalah ... merdeka (daripada Malaysia).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS