Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
K'jaan timbang bina jambatan Sabah-Labuan
Diterbitkan:  Mar 5, 2009 11:20 AM
Dikemaskini: 3:22 AM

Kerajan Persekutuan bersedia menimbang untuk membina jambatan yang akan menghubungkan Sabah dengan Pulau Labuan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, Perdana Menteri meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) melakukan kajian kesesuaian untuk projek berkenaan, lapor Bernama.

"Ia tidaklah serta merta tetapi saya berharap ia akan menjadi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis pecah tanah Projek Hab Pengedaran Halal di Labuan hari ini.

Abdullah berkata dengan terbinanya jambatan itu kelak, ia bukan sahaja akan memudahkan perhubungan tetapi juga akan membantu memajukan Labuan termasuk dalam industri halal.

"Bekalan sumber di Labuan mungkin tidak akan mencukupi bagi industri ini dan mungkin kita terpaksa mendapatkannya dari Sabah. Jadi, kita perlu tengok kesesuaian untuk membina jambatan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS