Sungai Buloh, October - Bermula kerjanya sebagai akauntan, Mr Armrit Singh mengambil keputusan untuk menukar bidang sejak 15 tahun dengan memulakan perniagaan kurier. Beliau melihat industri kurier ini memberi lebih banyak peluang terutama perniagaan e-commerce yang semakin berkembang di semua pelusuk ketika ini.

Di atas pengalaman dan tekad itulah yang mendorong Armrit menubuhkan BEST Cargo Sungai Buloh pada tahun 2022. Melihat kepada perkembangan pesat e-dagang di seluruh dunia, Amritpal melihat peluang untuk membawa penyelesaian logistik yang boleh dipercayai dan mesra pelanggan ke komuniti tempatan.

Tekad Sokong dan Bantu Peniaga

Berkongsi perjalanan beliau bersama BEST dan peranan penting stesen Sungai Buloh dalam menyokong pertumbuhan perkhidmatan baharu ini, beliau menekankan bahawa peluasan ke perkhidmatan kargo bukan sahaja memperkukuh keupayaan operasi stesen, tetapi juga membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan dan pelanggan individu yang memerlukan penghantaran berskala besar.

Beliau menegaskan bahawa pelancaran perkhidmatan kargo ini merupakan langkah strategik untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat terhadap penghantaran barangan pukal dengan kos berpatutan dan perkhidmatan yang efisien.

“Kami sentiasa berusaha menambah baik perkhidmatan agar pelanggan mendapat pengalaman penghantaran yang lancar dan boleh dipercayai — sama ada untuk bungkusan kecil atau muatan besar,” jelas beliau.

Malah, beliau bersama pasukannya sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Amritpal dan pasukannya melihat masa depan yang cerah untuk BEST Cargo Sungai Buloh. Mereka berhasrat untuk terus berkembang bersama komuniti dan pelanggan setempat.

“Kami mahu semua yang ada di Sungai Buloh tahu kami ada untuk mereka. Sama ada penghantaran besar atau kecil, anda boleh datang atau hubungi kami pada bila-bila masa. Kami mempunyai tenaga kerja, forklifts dan juga hati untuk melaksanakan pekerjaan ini,” katanya.

Dengan asas kukuh dalam pengalaman, kecekapan dan keikhlasan, BEST Cargo Sungai Buloh terus komited untuk menghantar setiap bungkusan dengan telus.

Untuk maklumat lanjut tentang BEST Inc. Malaysia, layari https://www.best-inc.my atau hubungi info@best-inc.com


Siri ‘Logistics News’ ini adalah hasil kerjasama dengan Best Express.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.