
Pohon perkenan Raja seragam undang-undang Islam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej-Jen Datuk Jamil Khir Baharom berkata pertemuan akan diadakan dengan Raja-raja Melayu bulan depan untuk memohon perkenan berhubung penyelarasan serta penyeragaman undang-undang Islam.
S Manikumar yang memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Selasa lepas, hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota exco kerajaan negeri Kedah.
Datuk Seri Shahidan Kassim mengesyorkan timbalan perdana menteri dilantik menjadi pengerusi badan perhubungan Umno Perlis bagi menyelesaikan kemelut Umno di negeri itu.
Presiden MIC berkata isu rasa tidak puas hati parti itu berhubung peruntukan kerusi dalam kabinet baru akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat Khamis ini.
Seorang pemimpin Umno di Pulau Pinang - Zainol Abidin Hashim - yang bertindak mengoyak poster Presiden Gerakan sewaktu tercetusnya kontroversi membabitkan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail tahun lalu - dilihat menghadiri majlis anjuran PKR Pulau Pinang semalam.
Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN.
Perjumpaan meja bulat perlu diadakan segera untuk meredakan perasaan tidak puas hati penyokong ketiga-tiga calon ketua Pemuda Umno Malaysia, kata bekas ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus.
Desakan supaya perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Selangor yang baru adalah bertujuan untuk mengembalikan semula kekuatan Umno di negeri itu, kata bekas menteri besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Bekas anggota parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu berhubung penipuan dan pengisytiharan palsu pada 1996.
Abdul Malik Abul Kassim, disebut-sebut sebagai timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan tersebut minggu lalu.
Jurucakap kerajaan Thai memberitahu media bahawa tentera terpaksa menggunakan kekerasan selepas perundingan dengan penunjuk perasaan gagal dan mereka diserang dengan beberapa bom buatan sendiri.