
Wang 16 juta: AMK buat laporan di Hong Kong
Angkatan Muda (AMK) PKR akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah (ICAC) Hong Kong eosk berhubung penahanan seorang ahli perniagaan Malaysia tahun lalu, yang dikatakan kenalan rapat Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali kini mula muncul di khalayak ramai selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), dengan menziarahi pelakon terkenal Norlia Ghani Isnin lalu, sehari selepas pelakon itu kematian anaknya, Edi Rizal Ramli yang jatuh dari pangsapuri ketika cuba menangkap pencuri pada 27 September lalu.
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menyambut cabaran untuk berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui siaran langsung di televisyen, mengenai sama ada Lim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah mengelirukan rakyat negeri itu berhubung beberapa isu, termasuk kes tanah Kampung Buah Pala (KBP).