
Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terlibat dadah
Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.



Filem Bruno, terbitan Universal Picture Production diharamkan penayangannya di Malaysia kerana ia didapati mengandungi adegan dan kata bual lucah.





Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pertukaran atau pemecatan iman di negeri itu dibuat bukan berdasarkan aliran agama mereka, tetapi sebaliknya mungkin kerana masalah sikap.



Pada tanggal 20 November ini,
Malaysiakini
- akhbar bebas internet pertama di negara ini - akan menyambut ulangtahun penubuhannya dalam menyalur laporan berita bebas dan seimbang sejak 10 tahun lalu.

kemaskini 10.35pm
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.


Sumber-sumber yang rapat dengan pejabat mufti Perlis mengesahkan Dr Juanda Jaya akan bercuti mulai 1 Oktober ini.
