
Zambry: Pakatan cuba wujud suasana kurang senang
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan ADUN Pakatan Rakyat mengadakan "Sidang DUN" hari ini hanyalah bertujuan mengelirukan dan mewujudkan suasana kurang senang di kalangan rakyat.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencabar majalah humor politik
Gedung Kartun
membawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke mahkamah jika tidak berpuas hati dengan tindakannya.
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) kesal dengan tindakan polis yang didakwa memukul jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan sewaktu menangkapnya pagi tadi.
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengadakan pertemuan bersama sembilan ADUN Umno Terengganu tetapi tidak pasti ia melibatkan usaha menggulingkan kerajaan negeri.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan supaya mengkaji semula kenaikan harga minyak petrol, dengan mengambil kira kesulitan yang dihadapi rakyat, termasuk pekerja, yang sebahagian besarnya berpendapatan rendah.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said Hamdan, dikecam ekoran kenyataannya berhubung kematian Teoh Beng Hock.
PAS menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan menerima kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah dengan alasan ia bertentangan dengan perlembagaan negeri.
Satu siasatan penuh perlu dijalankan bagi menentukan sama ada tentera Sri Lanka telah membunuh dengan sewenang-wenangnya anggota puak penentang Tamil Tiger - satu perbuatan yang melanggar undang-undang antarabangsa, kata seorang penyiasat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 3 Nov ini untuk sebutan semula kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun tahun lepas.
Seorang pengawal keselamatan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dijatuhi hukuman penjara sepuluh bulan hari ini
Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan, Hu Pang Chaw, berkata masyarakat bukan Islam ingin tahu hak-hak mereka, termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu.
Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.
Bekas pengarah urusan Malaysia Airlines, Senator Datuk Seri Idris Jala, hari ini mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
"Rata-rata pembeli sudah ada jenis buah tamar kesukaan mereka. Di sini, buah tamar jenis El Medina dari Tunisia dan buah tamar segar atau tamar Berhi dari Madinah mendapat permintaan tertinggi," katanya
baru-baru ini.
Alain "Spiderman" Robert mengaku bersalah di mahkamah majistret hari ini atas kesalahan menceroboh menara berkembar Petronas pagi semalam
Tiga ADUN Pakatan dan empat orang lagi ditangkap kerana melanggar perintah mahkamah apabila cuba masuk ke bangunan sekretariat kerajaan Perak (SUK) untuk mengadakan sidang DUN hari ini.