
Cemburu, lelaki lepas tiga das tembakan di salon
Sebuah salon rambut gempar apabila seorang lelaki bergaduh dengan pemilik salon itu yang juga kekasihnya sehingga lelaki itu melepaskan tiga tembakan amaran ke dinding dan siling salon di Ampang hari ini.
Perdana menteri hari ini berkata beliau akan sedaya usaha gerakkan negara bagi memastikan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi lima peratus tahun depan, dua peratus lebih tinggi.
Menteri besar Kelantan membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu.
Hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno belum dijalankan berikutan timbul syubahah (keraguan) dalam pelaksanaan hukuman itu.
Menteri besar Selangor berkata penyokong Umno mungkin terlibat dalam perarakan membawa kepala lembu, akhir Ogos lalu, tetapi mendakwa ia bukanlah atas arahan pemimpin parti berkenaan.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak dihadapkan ke mahkamah syariah hari ini seperti diura-urakan, sebaliknya dakwaan terhadapnya berhubung mengajar tanpa tauliah dibuat minggu depan.
Kegagalan polis mengesan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin sekali lagi mendorong mahkamah melepaskan tanpa membebaskannya daripada satu tuduhan memfitnah.