
Najib: Kemenangan bukti rakyat mula sokong BN
Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan P Kamalanathan sebagai satu peralihan besar sokongan rakyat kepada BN.

Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan P Kamalanathan sebagai satu peralihan besar sokongan rakyat kepada BN.

Walaupun tewas, Pakatan cuba menenangkan penyokongnya dengan mengadakan perhimpunan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru malam ini.


Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sebulat suara memilih peguam Robert Lau Hui Yew sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Sibu.

Keputusan rasmi pilihan raya Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi.

BN Hulu Selangor yakin mampu mencatat kemenangan dengan mencapai sasaran 6,000 undi majoriti sepertimana yang diharapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seramai 32 orang ditahan polis kerana pelbagai kesalahan sepanjang tempoh pilihan raya kecil Hulu Selangor, termasuk enam orang yang ditahan hari ini.

Mahkamah Tinggi perintah naib canselor UUM, Tan Sri Nordin Kadri bayar denda RM5,000 kerana kesalahan menghina mahkamah atau jalani hukuman sebulan penjara.

Timbalan perdana menteri berkata, sasaran majoriti itu dibuat berdasarkan kepada pencapaian BN di peringkat DUN dalam pilihan raya umum yang lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata tidak ada laporan gangguan dan kekacauan diterima sejak pusat pengundian dibuka jam 8 pagi tadi.

dikemaskini 2pm
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menahan 10 bas yang didakwa membawa pengundi hantu di Institut Kemahiran Belia Negara cawangan Peretak di Hulu Selangor.

Proses mengundi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula pagi ini sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka jam 8 pagi ini.

Anggota exco Selangor Elizabeth Wong membuat laporan polis kerana mendakwa ada percubaan menghalang pengundi di dua kampung Orang Asli daripada keluar mengundi.