
Dua cek RM4j kepada Sosilawati tak ditunai
Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu tertuduh pertama N Pathmanabhan mengeluarkan dua cek berjumlah RM4 juta untuk dibayar kepada jutawan kosmetik itu tetapi kedua-duanya tidak ditunaikan.
Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Mohd Salleh (kiri) berkata Rafizi Ramli, selaku ketua pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, perlu menumpukan perhatian kepada isu-isu di bawah bidangkuasanya di negeri ini.
Simpanan tunai kerajaan negeri Selangor terus mencatatkan peningkatan sepanjang tahun 2011 dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.9 billion - meningkat lebih 26 peratus, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
KWSP menjelaskan bahawa perbincangan dengan syarikat di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan itu akan menentukan syarat melibatkan kemudahan pinjaman awal sebanyak RM300 juta.
Pelakon Nasha Aziz hari ini menarik balik rayuan kepada Mahkamah Rayuan Putrajaya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkannya bayar gantirugi am RM10,000 kepada bapa kandungnya Abdul Aziz Mohd Ali.
Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa bahawa dua syarikat di Johor mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berkata, keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, Datuk Dr Hasan Ali harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata perhimpunan aman itu akan dipimpin oleh Pimpinan PAS, NGO dan aktivis masyarakat, mengutuk pembunuhan rakyat Syria yang tidak bersenjata sejak demonstrasi menentang Presiden Bashar al-Assad tercetus 11 bulan lalu.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kali pertama beliau mendengar mengenai National Feedlot Corporation (NFC) bukanlah melalui laporan Ketua Audit Negara tetapi melalui majalah gaya hidup masyarakat kelas tinggi –
Malaysia Tatler.
[VIDEO DI DALAM]
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut digilis kereta yang sedang diundur bapanya di rumah mereka di Kampung Dusun, Kuala Lipis petang kelmarin.