
Pengasas Arab M'sian Bank maut, isteri cedera parah ditembak
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian berlaku pada 2 petang ketika mangsa datang ke tokong itu berjumpa dengan seorang rakannya untuk berbincang mengenai urusan jual beli saham.
Pengerusi Lembaga Penapisan Filem Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata Laporan lengkap penelitian semula terhadap filem 'The New Village' akan dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri minggu ini.
Hubungan yang terjalin dengan negara seperti China, Cuba dan Vietnam itu merupakan hubungan diplomatik dengan kerajaan yang diiktiraf, kata Khairy Jamaluddin yang mengulas kenyataan Lim Guan Eng mengenai filem 'The New Village'.
Pendedahan arkitek yang terlibat secara terus dalam pembelian kapal selam Scorpene jelas memperlihatkan apa yang didakwa pihak Suaram selama ini merupakan satu mainan politik.
Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh mengakui sepanjang 13 tahun beliau menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM), beliau tidak bertemu formula terbaik untuk melahirkan lebih ramai jaguh badminton dunia dari kalangan pemain negara.
"Sri Sanjeevan pernah dakwa polis di Melaka dan Negeri Sembilan dibayar sebanyak RM30,000 hingga RM50,000 bagi mendapatkan maklumat berhubung operasi polis kepada sindiket pengedaran dadah, tetapi sehingga kini dia tak kemukakan apa-apa," kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Muhammad Arish Irfan Che Omar, 13, dari Kampung Banggol Ketereh, Tanah Merah, cedera di tangan kiri dan perut selepas ditusuk serpihan pelita besi yang dimasukkannya belerang daripada mercun bola, meletup.
Seorang lelaki maut dan dua cedera parah apabila ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di Ipoh pada 10.15 malam tadi.
Pemimpin SAMM Badrul Hisham Shahrin dan seorang warga emas Anne Ooi merupakan antara 33 orang yang didakwa atas tuduhan berhubung perhimpunan haram dan kekacauan di depan bangunan Parlimen pada 24 Jun lalu.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa aktivis anti-jenayah R Sri Sanjeevan yang cedera parah akibat ditembak pada Sabtu lalu merancang untuk mendedahkan satu memo didakwa mengaitkan anggota polis dengan sindiket dadah.
dikemaskini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan tidak menjadikan PAS sebagai sasaran politik dalam tindakan mengharamkan penyebaran Syiah.
"Majlis Fatwa tak sebut soal baju, dia kata pertandingan ratu cantik tak dibenarkan, ia bukan soal baju," kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom, mengulas kenyataan penganjur Miss Malaysia World 2013.
dikemaskini Lim Guan Eng hari ini melancarkan serangan balas ke atas Pemuda Umno atas kritikan ke atas filem kontroversi 'The New Village' yang didakwa menghasut masyarakat untuk mengagungkan komunis.
"...Trelernya sahaja kita sudah nampak ia mengagung-agungkan pengganas komunis boleh dilepaskan begitu sahaja, sedangkan 'Tanda Putera' kena tunggu satu tahun," kata menteri itu.
Shaarmini Balakrishnan memberitahu Malaysiakini bahawa Hare Krishnan tidak kembali bertugas selepas tamat tempoh bercuti pada 15 Jun kerana suaminya itu dimaklumkan telah digantung tugas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta agar pasukannya tidak dipersalahkan susulan kes cubaan membunuh ke atas pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan.
Insp Hare Krishnan menyerah diri pada jam 10.30 pagi di ibu pejabat polis Bukit Aman dan kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.
dikemaskini
Ketua polis negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan, yang ditembak dalam satu kejadian Sabtu lalu, tidak membuat laporan polis berhubung ugutan ke atasnya.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata fahaman itu dipercayai mempunyai pengikut di beberapa kawasan di Kedah seperti Pendang, Sungai Petani dan Jitra.
Semasa dicekup, lelaki itu memberitahu kepada pihak polis bahawa anaknya ada di dalam Perodua Alza. Kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Udang sebelum diserahkan kepada ibunya.
Bekas setiausaha wanita Umno Malaysia, Datuk Faridah Abu Hassan menggesa ketua Wanita Umno Malaysia itu tidak menggunakan alasan 'perlawanan emak dan anak' bagi menghalang cabaran bekas ketua Puteri Umno, Datuk Azalina Othman Said.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata filem yang dijadual ditayang pada Ogos itu perlu ditapis semula dari segi plot cerita dan mesejnya.