
'Wanita PKR sedia jika PAS tiada calon'
Pengarah pilihan raya Wanita PKR Haniza Talha berkata sayap parti itu sedia meletakkan calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya umum DUN Kuala Besut nanti.

Pengarah pilihan raya Wanita PKR Haniza Talha berkata sayap parti itu sedia meletakkan calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya umum DUN Kuala Besut nanti.

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsuddin Lias berkata secara prinsipnya beliau menolak cadangan untuk mengetuai Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri itu, jika perkara itu diusulkan.

Gurauan Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita Umno membuka ruang santai di Dewan Rakyat hari ini.

ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali menggesa kerajaan negeri meneliti semula keperluan untuk membentangkan belanjawan tambahan berjumlah RM761 juta itu dan menggesa kerajaan negeri mengimbangi keperluan penstrukturan korporat dan kepentingan rakyat dengan cermat.


Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke menuntut supaya kerajaan menjelaskan peningkatan kos perbelanjaan sehingga sekali ganda – dari RM200 juta pada Pilihan Raya Umum 2008 kepada RM400 juta dalam pilihan raya umum yang lalu.

Seorang lelaki Pakistan yang berhijrah ke Sabah dan memiliki kad pengenalan bewarna biru dengan cara yang diragui berkata, beliau telah diancam oleh penduduk tempatan apabila cuba untuk mengundi dalam satu pilihan raya.

Pemuda Gerakan Kedah mengancam untuk memfailkan tindakan undang-undang ke atas kerajaan sekiranya Parlimen meluluskan rang undang-undang yang membenarkan ibu atau bapa menukar agama anak bawah umur kepada Islam.

Cadangan yang hanya memerlukan kebenaran salah seorang daripada ibu atau bapa untuk menukar agama anak kepada Islam adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Persekutuan dan peruntukan perlembagaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

dikemaskini
Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau akan memberi penjelasan kepada para MP berhubung rang undang-undang baru yang memudahkan ibu atau bapa menukar agama anak mereka kepada Islam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini (5 Julai) di ibu pejabatnya di Putrajaya bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

dikemaskini
"Rang undang-undang yang dicadangkan tidak akan bercanggah dengan perlembagaan dan Akta Kerajaan Tempatan. Mekanisme akan dikaji kemudian selepas rang undang-undang itu disempurnakan," kata exco kerajaan negeri Selangor Datuk Teng Chang Kim.

dikemaskini
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri mencadangkan untuk meningkatkan peranan fungsi pusat khidmat DUN bagi mempromosi program bawah Merakyat Ekonomi Selangor (MES).


Perkembangan itu berlaku walau menteri pelancongan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz telahpun memberi jaminan bahawa laluan kenderaan di sekitar Jonker Walk, Melaka, akan terus ditutup pada hujung minggu agar tidak mengganggu operasi pasar malam di situ.


Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata siasatan kini sedang dijalankan ke atas SPR berhubung pembelian dakwat yang didapati dapat ditanggalkan dengan mudah ketika digunakan dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata Malaysia sedang bertindak ke arah menjadikan dadah bukan sebagai bahan jenayah agar lebih mudah dan terbuka buat penagih dadah mendapatkan rawatan dan pemulihan.