Arkib - 20 Oktober 2013

Umno N Sembilan tubuh unit indoktrinasi

Umno N Sembilan tubuh unit indoktrinasi

Umno Negeri Sembilan akan mewujudkan unit khas bagi menguruskan indoktrinasi dan latihan kepada anggota sejajar dengan hasrat parti untuk melakukan proses transformasi dan peremajaan parti.
AG: Menteri berhak larang guna kalimah 'Allah'

AG: Menteri berhak larang guna kalimah 'Allah'

Inti pati daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes "The Herald" ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Mahathir kata sudah jangka Mukhriz tewas

Mahathir kata sudah jangka Mukhriz tewas

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau sudah menjangka awal-awal lagi anaknya Datuk Mukhriz tidak akan berjaya dalam percubaan merebut satu daripada tiga jawatan Naib
Presiden Umno.
Liow enggan ulas soal kerjasama dengan Chua

Liow enggan ulas soal kerjasama dengan Chua

Timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta anggota parti mengenepikan perbezaan di antara mereka namun enggan mengulas sama ada beliau akan bekerjasama dengan presiden Datuk Seri Chua Soi Lek.
EGM MCA: Ahli tetap dihalang sertai Kabinet

EGM MCA: Ahli tetap dihalang sertai Kabinet

Perwakilan di mesyuarat agung luar biasa itu turut menolak usul untuk menegur timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai atas dakwaan kegagalan beliau semasa pilihan raya umum lalu dan tingkah lakunya selepas itu
Muhyiddin nafi bahagian Pagoh beri isyarat kekal VP

Muhyiddin nafi bahagian Pagoh beri isyarat kekal VP

NONETimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan keputusan pemilihan di bahagian Pagoh sebagai isyarat kepada bahagian-bahagian lain untuk mengekalkan tiga penyandang Naib Presiden Umno.
Najib nafi campurtangan dalam pemilihan

Najib nafi campurtangan dalam pemilihan

"Tak ada, ini (melibatkan) 150,000 perwakilan, macam mana nak campur tangan? Undi semua adalah sulit. Semua orang boleh beri pandangan di semua peringkat tetapi akhirnya undi itu adalah undi sulit dan ia hak setiap perwakilan," tegas perdana menteri
Peluru di kerongkong Mohd Amar berjaya dikeluarkan

Peluru di kerongkong Mohd Amar berjaya dikeluarkan

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata pembedahan yang dijalankan pagi tadi berjaya dan kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil.
Hishammuddin terselamat, Mukhriz kian popular

Hishammuddin terselamat, Mukhriz kian popular

ANALISIS Datuk Seri Hishammuddin Hussein kini mungkin boleh menghela nafas panjang, apabila terselamat dari gasakan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu semalam.
KJ: Pemilihan semula VP tanda sumbangan diiktiraf

KJ: Pemilihan semula VP tanda sumbangan diiktiraf

NONEPemilihan semula ketiga-tiga naib presiden Umno semalam merupakan pengiktirafan terbaik terhadap peranan dan sumbangan mereka kepada parti dan kerajaan selama ini sekaligus menunjukkan akar umbi mahukan kesinambungan kepimpinan parti diteruskan, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Utusan tak akan pertahan Petronas lagi jika...

Utusan tak akan pertahan Petronas lagi jika...

Akhbar Utusan Malaysia memberi ancaman untuk tidak lagi mempertahankan Petronas dari tohmahan dan serangan dari pemimpin pembangkang, sekiranya syarikat petroleum negara itu tidak prihatin kepada usahawan bumiputera.
Shahidan, adik, isteri pimpin bahagian Arau

Shahidan, adik, isteri pimpin bahagian Arau

NONEdikemaskini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengekalkan jawatan ketua Umno bahagian Arau pada pemilihan Umno bahagian itu semalam.
Kumpulan guru, pelajar terkandas di Gunung Asahan

Kumpulan guru, pelajar terkandas di Gunung Asahan

Tujuh guru dan 81 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas berjaya dibawa turun dari Gunung Asahan di Jasin malam tadi selepas terkandas lebih tujuh jam akibat hujan lebat.
'Sultan Sulu' Jamalul Kiram III meninggal dunia

'Sultan Sulu' Jamalul Kiram III meninggal dunia

Media negara itu, Inquirer.net memetik kenyataan anaknya Jacel Kiram yang berkata, perjuangan Jamalul Kiram, 75, untuk menuntut semula Sabah akan diteruskan oleh generasinya.
Zahid hargai, Mukhriz salahkan 'portal pro-pembangkang'

Zahid hargai, Mukhriz salahkan 'portal pro-pembangkang'

dikemaskini Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan penghargaan kepada portal 'pro-pembangkang' tertentu yang menurutnya menyumbang kepada sokongan bagi mengekalkan kedudukan dalam pemilihan tersebut.
'Walau berusia kami miliki citarasa orang muda'

'Walau berusia kami miliki citarasa orang muda'

"Biarpun kami terdiri daripada tokoh atau orang-orang politik yang berumur lebih daripada 50 tahun tetapi pemikiran, citarasa dan gerak kerja yang dilakukan tetap mengambil kira cita rasa dan pola pemikiran generasi muda," kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mukhriz harap presiden timbang kedudukannya dalam MT

Mukhriz harap presiden timbang kedudukannya dalam MT

Walaupun gagal dalam percubaan merebut salah satu daripada tiga jawatan naib presiden Umno, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berjanji akan terus memberi sumbangan kepada agenda transformasi parti itu.