
Harga RON95 tidak naik - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi petrol RON95 malam ini seperti yang tersebar di internet, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.




"Kami tidak dibenarkan menyerang atau melepaskan tembakan ke arah penceroboh bersenjata (jika dikesan) melainkan kami diserang atau ditembak terlebih dahulu oleh penceroboh itu," kata Supt Mancha Anak Laga dari unit Komando VAT69.

Suasana di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Patani hari ini kecoh seketika apabila sebuah pantri yang terletak di tingkat dua bangunan berkenaan terbakar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata sebarang keputusan mengenainya hanya akan dibuat selepas perbincangan makmal antara lain untuk mencari kaedah terbaik untuk mengurangkan beban pengguna.


Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam, Pulau Pinang tidak perlu mematuhi permintaan Sisters of the Infant Jesus Mission supaya membuang tulisan jawi pada papan tanda sekolah itu.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum penjawat awam kepada RM1,200 bagi mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad dan satu pihak lagi berhubung penerbitan sebuah artikel yang disiarkan akhbar Utusan.



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian ketika ditanya jika Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuat perbelanjaan berlebihan sehingga kerajaan memiliki sekurang-kurangnya lima pesawat termasuk Boeing Business Jet.



Bekas naib presiden Iskandar Investment Bhd (IIB) Mohamad Hanafiah Abu Mansor didenda RM30,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas mengaku salah atas pertuduhan pilihan menerima suapan RM25,000 empat tahun lepas.

Timbalan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata polis membuka tujuh kertas siasatan berhubung berhubung dakwaan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 semasa perhimpunan 31 Disember.

Majlis Agama Islam Selangor mendakwa kenyataan Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) yang dilapor media "tidak tepat dan menyebabkan salah tanggap masyarakat" terhadap Jabatan Islam Agama Selangor berhubung serbuan agensi itu ke atas Persatuan Bible Malaysia.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) kesal dengan dakwaan “layanan buruk” oleh syarikat petroleum nasional, Petronas terhadap bekas penasihatnya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kira-kira 2.3 juta pekerja asing yang berdaftar untuk Program 6P wajib memiliki I-Kad yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan selewat-lewatnya akhir tahun ini bagi membanteras pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Jamil Khir meminta agar semua pihak menghormati hak Sultan Selangor ke atas Majlis Agama Islam dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjalankan operasi serbuan dan merampas Bible berbahasa Melayu pada 2 Januari lalu.

Tinjauan wartawan
Malaysiakini
di Hospital Selayang hari ini, susulan aduan orang ramai, mendapati ia berpunca dari pertukaran pekerja oleh syarikat kontraktor pembersihan, Radicare.

"Kami minta ROS bantu dalam keadaan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tidak ada kuasa. Yang ada kuasa sekarang hanya ROS," kata Pengerusinya Lee Guan Aik dan perkara itu, katanya, terkandung dalam surat yang diserahkannya kepada wakil ROS hari ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendatang tanpa izin yang ditahan akan dihantar pulang dan kos ditanggung oleh pekerja, majikan atau kedutaan.

Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menuntut Majlis Fatwa mengambil tindakan berkenaan, selari dengan fatwa dikeluarkan pemimpin Iran Ayatollah Ali Khamenei.


Sekumpulan pelajar dan ibu bapa berhimpun di Bagan Datoh, Perak semalam bagi membantah kenaikan tambang bas yang diumumkan Persatuan Perusahaan Bas Sekolah Hilir Perak minggu lalu.


Syarikatnya itu, Puncak Semangat Sdn Bhd, malah berjaya menewaskan syarikat yang dikaitkan dengan Sultan Johor, Redtone Network Sdn Bhd, dalam bidaan untuk sistem perkhidmatan tersebut.

“Kita suruh belajar Bahasa Kebangsaan pun tak belajar, nak bercakap Bahasa Kebangsaan pun tak, tiba-tiba dalam (Bible) nak guna sangat Bahasa Kebangsaan, pasal apa? Ada niat apa?," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selepas berbulan-bulan tidur di bawah khemah sementara, penduduk flat Taman Permata Dengkil yang enggan kembali menginap di unit kediaman mereka kerana takut blok tersebut runtuh, akhirnya menerima perkhabaran bahawa kerajaan persekutuan akan membina rumah baru untuk mereka.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, Lee Kar Haw yang sedang tidur, diselamatkan ibunya Bok Wan Ying, 36, selepas menyedari rumah mertuanya yang terletak bersebelahan rumah mereka terbakar.

"Kerajaan negeri menganggap penting untuk menyatakan pendirian ini secara jelas bagi menghindari daripada sebarang perkara tidak diingini walau sekecil mana pun," kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir.